Jurutera Mekanikal




Jurutera Mekanikal

  • Jurutera mekanikal menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat tentang reka bentuk, mengarah pengeluaran mesin, jentera, loji industri, kelengkapan dan sistem, memberikan nasihat dan mengarah fungsiannya serta menyenggara dan membaik pulih, atau mengkaji dan memberikan nasihat tentang teknologi bahan, produk, atau proses tertentu.


Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 2,000 - 5,500
  • Sektor Swasta (RM) : 3,000 - 6,000


Tahap Pendidikan

  • Ijazah Kejuruteraan Mekanikal
  • DLKM Tahap 5

Contoh Institusi

  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Malaya
  • CIAST
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn
  • Kolej Tunku Abdul Rahman


Senarai Tugas

  • Memberikan nasihat dan merekabentuk jentera dan perkakas untuk pembuatan, perlombongan, pembinaan, kerja pertanian dan tujuan industri lain;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk motor stim, pembakaran dalaman dan motor bukan elektrik lain serta enjin yang digunakan untuk pendorongan lokomotif kereta api, kenderaan darat, atau pesawat udara, atau untuk pemanduan industri atau jentera lain;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk sistem pendorongan kapal, loji janakuasa, sistem pemanasan dan pengalihudaraan, peralatan kemudi, pam, dan kelengkapan mekanikal lain;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk kerangka pesawat udara, peralatan pendaratan, dan kelengkapan lain untuk pesawat;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk badan kenderaan darat, sistem gantungan, brek, dan komponen lain;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk sistem dan kelengkapan pemanasan, pengalihudaraan, dan penyejukbekuan;
  • Memberikan nasihat dan merekabentuk loji dan kelengkapan mekanikal untuk pelepasan, kawalan, dan penggunaan tenaga nuklear.


Contoh Pekerjaan Lain

  • Jurutera, mekanikal/kuasa nuklear
  • Jurutera, jentera dan peralatan perindustrian
  • Jurutera, mekanikal/instrumen
  • Jurutera, lif
  • Pereka bentuk, kereta bermotor
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: