- Jurugambar mengambil gambar, mengendalikan kamera video dan kelengkapan lain untuk merakam dan menyunting imej.
Anggaran Gaji
- Sektor Awam (RM) : 1,200 – 3,400
- Sektor Swasta (RM) :
Tahap Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda Perundangan
Contoh Institusi
- Diploma Teknologi Fotografi
- Degree photography & creative Imaging
- Ijazah Sarjana Muda Fotografi
Senarai Tugas
- Mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan atau tujuan komersil, industri, atau saintifik lain serta membuat ilustrasi bagi cerita dan rencana di akhbar, majalah, buku, dan penerbitan lain;
- Mengaplikasikan prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja
- Mengambil gambar potret orang atau kumpulan orang;
- Menjalankan kerja di studio atau mengangkut dan memasang kelengkapan di lokasi tugasan;
- Mengawal kelengkapan untuk menyunting dan mengadun rakaman imej dan bunyi untuk memastikan kualiti yang memuaskan serta menghasilkan kesan khas imej dan bunyi;
- Mengkaji keperluan tugasan dan memilih jenis kamera, filem, dan cahaya;
- Berunding dengan pelanggan untuk menentukan objektif tugasan fotografi;
- Boleh bekerja dengan menggunakan teknologi digital dan memanipulasi hasil imej pada komputer;
- Memasang dan mengendalikan kamera wayang gambar, video, mikroskopik, dan kamera khas yang lain, termasuk yang digunakan untuk fotografi udara bagi merakam imej;
sumber: jobsmalaysia
0 comments:
Post a Comment