Pengasas Facebook



Mark Zuckerberg ialah pengasas Facebook yang kini bergelar billionair pada usia 23 tahun hasil dari Facebook miliknya.

 facebook dan mark zuckerberg

Beliau dilahirkan pada tahun 1984 di New York dan merupakan seorang pelajar ketika mengasaskan Facebook pada tahun 2004 di Universiti Havard. Facebook adalah merupakan satu sistem jaringan sosial yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Universiti Havard. Facebook direka untuk rakan rakannya yang lain di universiti bagi memudahkan mereka berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka.

Myspace dan Friendster adalah dua aplikasi sosial yang hampir sama dengan Facebook, malah lebih dahulu berada di persada Internet. Tetapi Facebook mempunyai keunikan dan kehebatan yang tersendiri lantas menyebabkan ia menjadi amat popular di Universiti Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej-kolej lain, sekolah-sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.

Mark Zuckerberg banyak dibantu oleh rakan-rakan programmernya yang lain untuk menjadikan Facebook satu platform sosial networking yang terbaik di dunia. Selepas 2 tahun beroperasi, banyak laman web sosial dan media seperti Myspace dan Youtube dijual dengan harga berjuta dollar. Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak USD580 juta, YouTube menerima tawaran USD1.5 billion dari Google tetapi Mark Zuckerberg langsung tidak mahu menjual Facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD1 billion. Kata beliau, “Facebook bukan untuk dijual”.

Ini menimbulkan banyak kontrovesi dan beliau digelar bodoh kerana tidak menerima tawaran tersebut. Pelbagai kritikan yang diterima tetapi beliau tetap berkeras tidak mahu menjual Facebook kepada sesiapapun. Hasilnya, setelah 3 tahun, beliau ditabalkan sebagai “world youngest selfmade billionaire” oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD1.5 billion.

Kini, Microsoft pun berminat dan telah membeli share Facebook sebanyak 1.6% bernilai USD246 juta. Ramai lagi yang turut membuat pelaburan besar dengan Facebook seperti pengasas PayPal, Peter Theil. Begitu juga dengan billionaire terkenal dari Hong Kong, Li Ka-Shing. Sehingga kini Facebook telah menjadi semakin canggih dan penggunaannya amat meluas. Malah kini ramai usahawan bergantung sepenuhnya kepada Facebook bagi memasarkan barangan mereka dan menjana keuntungan besar.

Biodata Mark Zuckerberg

Nama Lengkap: Mark Elliot Zuckerberg
Alias: Mark Zuckerberg
Tanggal Lahir: Senin, 14 Mei 1984
Tempat Lahir: White Plains, New York, AS
Zodiac: Taurus
Kewarganegraan: Amerika Serikat
Istri: Priscilla Chan (Menikah 19 Mei 2012)
Saudara: Randi (kakak), Donna dan Arielle (adik)
Pendidikan: Phillips Exeter Academy, Universitas Harvard (keluar)

Sumber: uniqpost.com
Sumber: Julmazli Dot Com 
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: