Permohonan Ke Matrikulasi 2014-2015



Permohonan untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2015/2016 telah dibuka mulai 1 Julai 2014 dan tarikh tutup adalah 10 Oktober 2014, demikian menurut pemberitahuan daripada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia


 Cara Permohonan.

  i.    Pelajar sekolah perlu membayar RM6.00 kepada kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.  

  ii.  Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).
     
 Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.
 Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.

Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat pembelian nombor PIN di kaunter BSN sahaja.

Kaunselor/guru/pelajar akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar/ Nombor PIN. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500.

Kaunselor/guru/pelajar pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:

          Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)
          Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
          Nombor Kad Pengenalan Pelajar
          Nombor PIN 5 Digit.

Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2014 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PIN.

KLIK DISINI UNTUK MEMOHON: APLIKASI PERMOHONAN MATRIKULASI

sumber: Mysumber
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: