llmuan Islam: Ibnu Tulun


Masjid Ibn Tulun

Ahmad bin Tulun adalah pengasas kerajaan Tulun. Beliau adalah gabenor Muslim pertama Mesir dan juga arkitek utama beberapa masjid agung dan megah di wilayah kerajaannya. 

Berketurunan Turki, bapanya, orang yang terhormat dan pernah diutus sebagai Gabenor Bukhara di bawah pemerintahan Khalifah al Ma’mun dan pernah menjadi pengawal peribadi khalifah al-Musta’sim. 


Dilahirkan pada 835 Masihi, Ahmad mendapat pendidikan dan latihan ketenteraan di Samarra dan mengkaji kajian teologi di Tarzus. 

Pada tahun 254 Hijrah bersamaan 886 Masihi, Khalifah al-Mi’taz melantik Jeneral Bayakbek (Bakbek) dari Turki yang menikahi balu Tulun, sebagai gabenor Mesir. 

Ahmad diminta menjadi timbalan kepada ayah tirinya kerana kecekapannya dalam bidang pentadbiran kerajaan. Di sinilah bermula kerjayanya dalam bidang pentadbiran negara. 


Pemerintahan Ahmad disenangi rakyat 

Walaupun kerajaan dinasti Tulun tidak sunyi daripada pergaduhan politik dan huru-hara sosial, namun secara rohani, rakyat gembira di bawah pemerintahan Ahmad, terutama dari segi kebijaksanaan yang diterapkan dalam segala sektor utama keperluan umat. Seluruh bentuk penyalahgunaan kuasa pegawai diraja dan peniaga kelas atasan, penekanan oleh pegawai dan perisik tidak mendapat tempat. 

Bahkan sampai kepada perbuatan yang memabukkan di setiap pelosok negeri juga dihancurkan, operasi menghapuskan perusahaan minuman keras juga dilaksanakan. Pembangunan tempat ibadah dan kemudahan tumpangan diutamakan. Ini termasuk lembaga pencerahan rakyat iaitu badan yang membebaskan rakyat daripada buta membaca, teknologi dan agama. Keprihatinan terhadap ilmu pengetahuan, teknologi dan kebudayaan secara umumnya dianggap sangat progresif. 

Di al-Qata’i misalnya Ibnu Tulun meneraju pembinaan masjid baru dengan seni bina Islam klasik menerusi binaan Masjid Sultan Muhammad Ibnu Qala’un, Masjid Emis Maridani dan Masjid Sultan Mu`ayyad. Di Kaherah, Ibnu Tulun juga mendirikan masjid pada tahun 876 hingga 879 Masihi dan dikenali sebagai Masjid Ibnu Tulun yang terletak di atas bukit batu Cadas yang disebut Jabal Yashkur. 

Bentuknya bujur sangkar dan salah satu ciri asas binanya yang masih tetap memancarkan cita rasa estetika yang ‘hidup’ adalah beberapa lorong beratap di dalamnya yang dirancang khusus dengan peraturan dan formula khas yang unik berdasarkan ‘irisan emas’. Lebih mengagumkan adalah hiasan bunga mawar memenuhi dindingnya. 

Selain itu, binaan yang terhasil daripada kebijaksanaan Ibn Tulun adalah nilometer (pengukur paras sungai) di lembangan Sungai Nil. Nilometer ini bina pada tahun 715 Masihi. Satu setengah abad kemudian, ia diubah suai Ibnu Tulun dan kemudian dinaiktarafkannya. 

Tiang lengkungnya sama dengan tiang lengkung di Masjid Ibnu Tulun. Ia bercorak Kufi dan kelihatan cantik menghiasi dindingnya, dan sebatang tiang pusat berbentuk oktagon yang berfungsi mengukur tinggi dan rendahnya permukaan sungai Nil. 

Ibnu Tulun meminati pelbagai bidang yang berbeza bukan hanya kerana bakat, tetapi pemikirannya bijaksana. Ditambah lagi dengan bala tenteranya yang hebat dan berdisiplin tinggi. 

Selepas keadaan politik cukup stabil, dinamik dan terkawal, Ibnu Tulun mulai menyusun semula pentadbiran dan bentuk tanah bertujuan menggalakkan dan merangsang petani untuk tetap tekun mengusahakan tanah sendiri daripada menggadai kepada orang tengah, lintah darat dan tukang pajak. 


Dasar pemerintahan Ibnu Tulun 

Negara Mesir di bawah naungan Ibnu Tulun yang juga pemimpin, teknokrat dan birokrat menjadi makmur dan maju. Antara lain dasar pemerintahan adalah kemajuan tidak hanya ke kota besar saja, tetapi disalurkan secara adil dan diagihkan di pelbagai kawasan. 

Itulah yang menjadi perangsang dan usaha yang berjaya menyuntik semangat kerja dan etika kerja peri bumi yang biasanya dikatakan sebagai pemalas. 

Disebabkan itu, semua perdagangan, pertanian dan perindustrian, terutama tekstil berkembang pesat. Kemajuan ini dapat dilihat di bandar satelit dan bandar raya (Kaherah lama), manakala al-Qata’a yang juga pusat aktiviti kerajaan di bawah pemimpin Ibnu Tulun, penuh dengan aktiviti dan budaya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: