Jururawat Perbidanan
- Jururawat Perbidanan menyambut atau membantu doktor menyambut kelahiran bayi, menyediakan penjagaan sebelum dan selepas bersalin serta memberi nasihat kepada ibu bapa berkaitan penjagaan bayi.
Anggaran Gaji
- Sektor Awam (RM) :
- Sektor Swasta (RM) : 1,300.00 – 1,600.00
Tahap Pendidikan
- Sijil Jururawat Masyarakat /setaraf (Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia)
Contoh Institusi
- Kolej Kejururawatan Masyarakat
- Kolej Poli Tech MARA
- Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
- Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan
Senarai Tugas
- Mengadakan kelas dan seminar pendidikan kesihatan untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi; dan
- Merawat ibu selepas bersalin dan menyelia pemuliharaannya, memeriksa kemajuan bayi dan menasihati ibu bapa berkenaan penjagaan bayi;
- Menyambut kelahiran bayi atau lebih kerap, membantu doktor menyambut kelahiran bayi;
- Memberi nasihat kepada ibu-ibu mengandung tentang diet, senaman dan tingkah laku yang sesuai untuk memudahkan kehamilan dan kelahiran bayi serta mengambil tahu keadaan kesihatan ibu-ibu mengandung secara keseluruhan;
- Memberi nasihat tentang kaedah kelahiran dan penyusuan bayi.
Sumber: Pusat Maklumat Kerjaya
0 comments:
Post a Comment