Penasihat Perdagangan, Perikanan dan Perhutanan
- Penasihat perladangan, perhutanan, dan perikanan memberikan bantuan teknikal dan nasihat tentang kaedah dan masalah perladangan dan perhutanan.
Anggaran Gaji
- Sektor Awam (RM) : 2815 - 2906
- Sektor Swasta (RM) : 2491 - 6851
Tahap Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan)
- Ijazah Sarjana Muda Pertanian/ Agrikultur
Contoh Institusi
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Pertanian Malaysia
- Kolej RISDA Melaka
- Universiti Darul Iman
Senarai Tugas
- Mengatur tunjuk cara, memberikan ceramah, menulis dan mengagihkan bahan untuk menggalakkan penggunaan amalan dan teknik yang diperbaik;
- Menggunakan prinsip dan amalan saintifik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerja mereka.
- Melawat ladang dan memberikan nasihat tentang langkah untuk menangani masalah seperti hakisan tanah atau pengerumunan perosak;
- Menasihati cara meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan hasil, dan langkah untuk meningkatkan keberkesanan operasi, dan untuk memulihara aset semula jadi dan alam sekitar;
- Mengikuti perkembangan kemajuan dalam kaedah dan teknik perladangan dan perhutanan;
- Mengumpulkan data dan menganggar kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek;
Contoh Pekerjaan Lain
- Pegawai perikanan
- Pegawai pertanian
- Penasihat, pertanian/Pegawai, pertanian/Ladang, penunjuk cara
- Penasihat, perhutanan/Pegawai, perhutanan
- Pemelihara hutan
Sumber: Pusat Maklumat Kerjaya
0 comments:
Post a Comment