Tun Dr
Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 10 Julai 1925 . Dalam buku A
Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya adalah
10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran
sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Beliau
yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama
timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau
banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada
20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita
Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri). Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai1981 sehingga 31 Oktober 2003,
beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang
diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke
pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga
pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'[5].
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan
antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan
dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan
lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik
hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut
turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana
beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah
kepada penilaian mana-mana pihak.
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat
vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi.
Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai
alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran
Bebas" (laissez-faire).
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik
dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh
pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel
tentang persaraan beliau oleh The New York Timesmenyimpulkan
sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubung Akta Keselamatan
Dalam Negeri yang
beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan
semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhankronisme seperti
pemimpin-pemimpin lain di dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar
'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja
Mangku Negara yang
membawa gelaran Tun.
Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana
berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana
Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang
jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
Dr Mahathir
telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian
dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan
pada 1946,
beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli.
Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik,
beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang
mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri TunkuAbdul Rahman apabila beliau membentangkan
kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959.
Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon
yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya
tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964,
Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965.
Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa,
dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak
memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada
keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul
Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969,
Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku
"Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku
kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah
diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik
selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya
Apabila Tun Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada
tahun1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada
pilihan raya umum 1974,
yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir
dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau
memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975.
Pada 1976,
Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan
penggantinya Datuk Hussein Onn melantik
Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang
disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri
Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981,
Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan
menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan.
Pada 31 Oktober, 2003,
Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap
kepimpinanAbdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri
hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai
UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.
sumber: Wikipedia.org
0 comments:
Post a Comment